Jumat, 11 Maret 2011

tanda tanda kiamat

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu
kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi
Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya,
"Apakah yang kamu semua sedang
bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang
membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat
itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat
sepuluh tanda :-
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau
manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak
ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S
sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa
saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan
mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta
dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini
adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan
berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang
beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti
terkena selsema, sementara orang kafir pula
keadaannya seperti orang mabuk, asap akan
keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard
ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa,
ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan
jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat
Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke
dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di
dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'.
Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang
kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara
putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian
Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi
Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini
merupakan dua golongan. Satu golongan kecil
dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj
itu kini berada di belakang bendungan yang
dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila
keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung
banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah
diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun
setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu
mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris
jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga
dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi
di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-
anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-
orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para
ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli
haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu
masa di mana Islam itu hanya akan tinggal
namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-
Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka
mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi
dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang
yang paling buruk pada zaman itu ialah para
ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah
itu akan kembali kepada mereka juga. Dan
kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari
kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang
kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan
pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti
harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman,
belajar lain daripada agama, orang lelaki taat
kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat
dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-
suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum
dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan
kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya
dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua
itu adalah tanda-tanda kiamata."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar